Anda mungkin fikir bahawa setiap titisan air hujan yang jatuh dari langit, atau setiap gelas air yang anda minum, adalah air baru, tetapi ianya sebenarnya sudah lama berada di dunia sebagai sebahagian Kitaran Air.
Apakah kitaran air? Saya dengan mudah boleh menjawabnya - ia adalah "saya"! Kitaran air, yang juga dikenali sebagai kitaran hidrologi, menerangkan kewujudan dan pergerakan air pada, di, dan di atas Bumi. Air bumi sentiasa bergerak dan sentiasa berubah keadaan, dari cecair ke wap ke ais dan kembali lagi. Kitaran air telah wujud selama berbilion tahun dan semua kehidupan di Bumi bergantung padanya untuk terus bekerja; Bumi akan menjadi tempat yang kering dan tidak bermaya tanpanya.
Di manakah semua air bumi datang? Bumi kuno adalah dunia magma cair, tetapi semua magma mengandungi air. Air dibebaskan ke atmosfera apabila magma mula sejuk. Di sepanjang masa, persekitaran menjadi cukup sejuk supaya air dapat kekal di permukaan sebagai cecair. Terdapat juga teori bahawa beberapa air tiba di Bumi dari asteroid dan komet.
Kitaran air untuk orang dewasa dan sekolah menengah.
- Haba matahari membekalkan tenaga untuk menggerakkan kitaran air.
- Matahari menyejatkan air dari lautan ke dalam wap.
- Wap yang lutsinar naik ke dalam atmosfera, di mana udaranya adalah lebih sejuk.
- Wap mempeluwap menjadi awan.
- Gunung berapi menghasilkan stim, yang membentuk awan.
- Arus udara menggerakkan awan mengitar seluruh dunia.
- Titisan air terbentuk dalam awan, yang kemudian jatuh kembali ke daratan sebagai kerpasan (hujan dan salji).
- Dalam iklim sejuk, kerpasan membentuk salji, ais dan glasier.
- Salji boleh cair, menjadi aliran permukaan, yang mengalir ke dalam sungai, lautan dan menyerap ke dalam tanah.
- Setengah ais tersejat secara langsung ke dalam udara, melompati fasa cairan (pejalwapan).
- Hujan di daratan mengalir turun bukit sebagai aliran permukaan, membekalkan air kepada tasik, sungai, dan lautan.
- Setengah hujan meresap ke dalam tanah, sebagai infiltrasi, dan, jika amat dalam, mencaj semula air bawah tanah.
- Air dari tasik dan sungai boleh meresap ke dalam tanah.
- Air bergerak ke dalam tanah akibat graviti dan tekanan.
- Air bawah tanah dekat permukaan tanah lazim diserap oleh tumbuhan.
- Setengah air bawah tanah meresap ke dalam sungai dan tasik, dan boleh mengalir keluar permukaan sebagai mataair.
- Tumbuhan mengambil air bawah tanah dan berpeluh dari daun-daun.
- Setengah air bawah tanah menyerap ke paras sangat mendalam tanah dan berada di situ pada tempoh lama.
- Air bawah tanah mengalir ke dalam lautan, memastikan kitaran air terus berjalan.
Malay translation: Dr Chan Ngai Weng, Universiti Sains Malaysia
Kitaran Air, The Water Cycle, Malay
- Overview

- Science
Kitaran Air, The Water Cycle, Malay
Anda mungkin berfikir bahawa setiap titisan hujan yang turun dari langit, atau setiap gelas air yang anda minum, adalah segar, tetapi ia sentiasa wujud dan merupakan sebahagian daripada Kitaran Air! - Multimedia
Rajah dan gambar mengenai kitaran air: